Perancangan masa hadapan London_Overground

Sistem London Overground seperti yang telah dirancang untuk masa hadapan

Pengembangan rangkaian Overground telah diwara-warakan oleh TfL sebagai strategi dalam sistem pengangkutan. Dengan penambahan dua laluan baru dalam Overground, suatu perkhidmatan kereta api lingkaran dapat dibentuk. Laluan London Timur telahpun dilengkapkan manakala dana telah dikumpul untuk kerja-kerja pengubahsuaian laluan London Selatan pada tahun 2009.[33] Peta gambaran rangkaian Tube pada tahun 2010 juga telah dikeluarkan pada tahun 2008 lagi kepada media cetak untuk menunjukkan potensi keseluruhan rangkaian.]]

Laluan London Utara

Kereta api tiga gerabak digunakan untuk mengangkut penumpang di laluan ini. TfL sedang berusaha untuk memulakan perkhidmatan kereta api empat gerabak. Oleh sebab yang demikian, pada 20 Februari hingga 31 Mei 2010, perkhidmatan Overground di antara Gospel Oak dan Stratford telah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran platform dan pemasangan sistem lampu isyarat baharu. Selain itu juga, pemasangan landasan baharu turut dilaksanakan. Bagi stesen-stesen lain di laluan ini, perkhidmatan kereta api diteruskan dengan kadar yang terhad, manakala perkhidmatan pada setiap hari Ahad dibatalkan.[34]

Laluan London Timur

Ini bakal menjadi platform perkhidmatan menghala ke arah utara di stesen Dalston Junction.

Perkhidmatan laluan London Timur menghala ke arah utara hanyalah sampai di Dalston Junction sejak laluan ini dibuka semula pada tahun 2010. Laluan ini asalnya dirancang untuk dipanjangkan sehingga Dalston Junction yang berada di bahagian selatan laluan London utara. Tetapi pada September 2006, Ken Livingstone, Datuk Bandar London pada waktu itu, mencadangkan supaya laluan ini dipanjangkan hingga ke Highbury & Islington, melalui Canonbury.[1]

Perkhidmatan ke Highbury & Islington ini dijangka dibuka pada bulan Mei 2011. Kekerapan perkhidmatan di laluan ini dikhabarkan berjalan setiap tujuh ke lapan minit. Perjalanan dari Dalston Junction ke Highbury & Islington mengambil masa sebanyak enam minit. Kemudahan ini membolehkan penumpang membuat pertukaran perkhidmatan untuk ke laluan Victoria dan laluan Northern City (First Capital Connect)di stesen Highbury & Islington.[35]

Laluan Watford DC

Stesen penghujung London Overground, Watford Junction

TfL telah merancang untuk memanjangkan laluan Bakerloo ke Watford Junction[36].

Laluan London Selatan

Jejambat landasan kereta api yang merentasi Brixton.

Fasa ke-2 projek pemanjangan laluan London Timur akan menghubungkan Surrey Quays ke rangkaian laluan London Bandar Selatan dan juga ke Clapham Junction.[37] Setelah siapnya projek ini, rangkaian kereta api lingkaran sekitar London Tengah dapat dibentuk. Projek ini dijangka siap pada bulan Mei 2012.[38]

Laluan London Selatan ini akan mencapah keluar dari laluan London Timur yang berada di selatan Surrey Quays. Landasan kereta api milik Syarikat Kereta Api London Timur yang telah ditutup akan kembali dibuka.[39] Laluan ini akan melalui jambatan yang dibina merentasi Surrey Canal Road ke Old Kent Road Junction. Dari Denmark Hill hingga Wandsworth Road kereta api akan menggunakan landasan sedia ada dan kemudiannya membelok di Factory Junction. Selepas melalui Battersea, di Clapham Junction, kereta api akan memasuki kembali landasan Overground di bahagian laluan London Barat. Tiada maklumat terkini tentang kedudukan platform pekhidmatan kereta api bagi perkhidmatan laluan London Selatan di Clapham Junction.

Perkhidmatan laluan London Selatan akan melalui Loughborough Junction dan Brixton tetapi tidak akan berhenti di stesen-stesen ini. Cadangan ini dikritik kerana tidak memberi pertukaran perkhidmatan dengan kereta api Thameslink dan laluan Victoria.[40][41] Dalam perancangan semasa, stesen-stesen ini tidak mungkin dapat dibina dalam apa-apa jua disebabkan oleh landasan itu sendiri yang telahpun ditegakkan di atas gerbang.[42]

TfL pada mulanya mencanangkan projek laluan London Selatan diberi dana untuk program Thameslink[43] atas sebab peningkatan bilangan penumpang di stesen Tube London Bridge apabila siapnya projek menaik taraf Thameslink.

Dalam keluaran akhbar The Londoner keluaran Mac 2008, TfL mengumumkan hasrat untuk mengambil alih lebih banyak laluan kereta api di selatan London apabila syarikat francais kereta api Southern tamat pada tahun 2009.[44] Tetapi hal ini tidak dinyatakan dalam dokumen tender dan rancangan sepuluh tahun francais itu yang diterbitkan pada tahun 2008.[45]

Stesen pertukaran Old Oak Common

Peta yang menunjukkan stesen Old Oak Common seperti dalam rancangan.

Terdapat suatu pelan jangka panjang untuk membuka satu kemudahan stesen pertukaran dengan perkhidmatan kereta api laju baru HS2 (High Speed 2) yang masih dalam perancangan. Dokumen perancangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan menyatakan cadangan kedudukan stesen itu di selatan stesen Tube Willesden Junction. Selain itu, stesen itu dijangkakan untuk dibuka pada tahun 2025 dan menyediakan kemudahan pertukaran perkhidmatan Overground itu sendiri antara laluan London Utara dan laluan London Barat.[46]

Stesen ini juga menyediakan perkhidmatan pertukaran untuk kereta api Crossrail, Heathrow Express dan Great Western. Terdapat juga cadangan untuk menyediakan pertukaran ke laluan Bakerloo dan Central.

Rancangan pembinaan stesen ini mendapat sokongan pihak berkuasa tempatan daerah Hammersmith & Fulham, Ealing dan Brent.[47]

Rujukan

WikiPedia: London_Overground http://www.alwaystouchout.com/project/3 http://www.alwaystouchout.com/project/66 http://londonreconnections.blogspot.com/2009/07/fi... http://www.hemscott.com/news/latest-news/item.do?n... http://www.journeycheck.com/londonoverground http://londonist.com/2009/07/in_pictures_mayor_unv... http://frumin.net/ation/2008/11/what_i_did_last_su... http://web.archive.org/20070704224047/www.london.g... http://web.archive.org/20090122054153/www.london.g... http://web.archive.org/web/20040509165548/http://i...